Tuesday, March 12, 2013

Kecederaan Di Taska Bagaimana Mengelak?



Bayi mati tersedak susu, patah kaki jatuh tangga, terjatuh daripada buaian, terkena air panas dan keracunan makanan. Begitulah antara kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak di taska jika tiada langkah pencegahan dilakukan. Presiden Persatuan Taska Negeri Selangor, Hajah Mahanom Haji Basri memberikan maklumat.

Kecederaan yang berlaku di taska bukan sesuatu pekara yang asing. Ia akan berlaku jika tiada langkah-langkah pencegahan dilakukan. Terdapat beberapa langkah pencegahan untuk atasi daripada kejadian buruk berlaku di taska. Bagi mengelakkan kejadian buruk akibat tersedak susu atau makanan yang boleh menyebabkan sesak nafas, waktu penyusuan yang berjadual perlu ada di mana ibu bapa perlu memaklumkan kepada pengasuh bilakah penyusuan yang terakhir diberi kepada bayi sebelum dihantar ke taska. Dengan ini, pengasuh boleh tahu waktu penyusuan yang seterusnya. Bayi akan menghisap susu dengan pantas jika terlalu kehausan dan kelaparan.

Sendawakan bayi meskipun bayi sudah tertidur. Pengasuh perlu berada berhampiran dengan bayi sehingga selesai waktu penyusuannya dan disendawakan walauapa alasan sekalipun. Jika pengasuh masih perlu untuk meninggalkan bayi sewaktu menyusu, dapatkan bantuan pengasuh yang lain. Apa yang penting adalah pengasuh perlu menjalankan tugas secara berpasukan dan profesional.

Antara langkah lain untuk mencegah daripada kejadian buruk ini berlaku, pendekatan proaktif perlu diambil. Ibu bapa dan pihak taska perlu menilai dan melaporkan tempat yang boleh mengancam keselamatan kanak-kanak. Oleh itu, kemalangan atau kejadian buruk yang boleh berlaku dapat dijangka lebih awal sebelum kemalangan betul-betul berlaku. Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan ialah menjauhkan kanak-kanak daripada barang atau perkakas yang membahayakan (termasuk pisau, paku, jarum, cerek panas, wayar dan suis elektrik).

Pastikan disimpan barang-barang tersebut di tempat selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak. Sentiasa peka dan prihatin pada setiap pergerakan kanak-kanak termasuk tidak membiarkan kanak-kanak bermain di tempat tinggi seorang diri, bermain dengan kanak-kanak yang nakal.

Pengasuh, pendidik, ibu bapa perlu menitikberatkan aspek kebersihan persekitaran permainan dan aktiviti kanak-kanak (contoh: untuk elakkan kanak-kanak mengutip makanan yang kotor di lantai yang mana boleh menyebabkan keracunan). Mengambil berat dan peka kepada kesihatan kanak-kanak (contohnya demam, kudis, ruam dan alahan) dengan membuat pemeriksaan kesihatan, kecederaan dan perubahan fizikal pada tubuh dan sikap dan emosi kanak-kanak atau merujuk kepada pakar perubatan sekiranya perlu.

Sikap Ibu Bapa
Ada segelintir ibu bapa yang memilih taska berdekatan dengan rumah tanpa mentingkan ciri-ciri keselamatan, beliau menjelaskan bahawa ibu bapa jangan terlalu mementingkan kos yang terpaksa dikeluarkan, sebaliknya perlu menitikberatkan kebajikan dan perkembangan kanak-kanak kerana anak-anak ialah pelaburan yang paling berharga untuk kita di masa akan datang.

Sekiranya taska tersebut jauh dari tempat kediaman, memang kos yang terpaksa dikeluarkan meningkat, namun pulangan yang bakal diterima oleh ibu bapa sangat menguntungkan lebih-lebih lagi terhadap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Juga boleh memilih taska itu sebagai taska pilihan untuk anak atas cadangan rakan atau jiran. Ini kerana kawan-kawan anda telah melalui, melihat dan merasai pengalaman sendiri dengan menghantar anak mereka ke taska tersebut.

Mereka dapat melihat prestasi dan perkembangan anak-anak mereka dari segi sahsiah, sosio-mosi dan kerohanian, fizikal, deria, kreativiti, bahasa dan literasi serta pemikiran logik.

Namun pastikan taska itu berdaftar. Ini kerana taska berdaftar menyediakan program asuhan dan didikan mengikut spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan antaranya dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba&Penyelamat dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Selain itu, program yang dijalankan lebih tersusun dan meliputi aspek perkembangan kanak-kanak bukan sahaja mengandungi elemen asuhan malah merangkumi elemen didikan awal yang diperlukan oleh kanak-kanak.

Kejadian buruk yang mungkin berlaku dan kesannya kepada kanak-kanak

1. Kanak-kanak jatuh luka /jatuh tangga / tersepit jari
Kesan : Kanak-kanak berasa sakit, berdarah mewujudkan perasaan fobia/trauma.

2. Digigit oleh kanak-kanak lain
Kesan : Mewujudkan sikap tidak percaya, tidak selamat berada di taska.

3. Terjerut / terjatuh daripada buaian
Kesan : Kecederaan/kecacatan pada anggota badan, kematian

4. Keracunan: Makanan yang disediakan oleh taska, atau kanak-kanak kecil mengutip benda kotor dan memasukkan ke dalam mulut.
Kesan : Adakalanya bayi menemui ajal tanpa diketahui puncanya . Keadaan ini dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Cot Death ‘

5. Terkena air panas
Kesan : Kecederaan fizikal dan kecacatan kekal

6. Demam panas tiada rawatan sehingga berlaku kekejangan.
Kesan : Kecacatan otak, masalah pembelajaran, masalah perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak

7. Penderaan fizikal
Kesan : Kecederaan pada tubuh badan, trauma/fobia, kanak-kanak ketakutan.

8. Penderaan emosi serta tiada layanan mesra sebagai ibu ganti atau kakak ganti selain ibu bapa
Kesan : Kanak-kanak mengalami kemurungan, melemahkan pembentukkan personaliti kanak-kanak, pendiam , kurang aktif.

9. Tersedak susu atau makanan, sesak nafas.
Kesan : Kematian

10. Alahan pada makanan
Kesan : Gatal-gatal pada kulit, kemerahan, bengkak pada tubuh badan

11. Jangkitan kulit (kudis)
Kesan : Jangkitan dari kanak-kanak lain, kanak-kanak tidak selesa, menangis.

12. Ruam (panas , kurang penjagaan kebersihan)
Kesan : Kanak-kanak tidak selesa, gatal-gatal.

13. Lemas (di bilik air-air bertakung)
Kesan :
Koma, kecacatan otak, kematian.

Kredit : Majalah Pa&Ma

ANUGERAH 10 TAHUN PERKHIDMATAN

Kiri: Kamariah Mohamad. Kanan: Salasiah Sidi Ahmad bersama Puan Pengerusi





Tahniah kepada Puan Kamariah Mohamad dan Puan Salasiah Sidi Ahmad di atas Anugerah 10 Tahun Perkhidmatan di Taska Rania. Mereka berdua adalah diantara kakitangan yang berdedikasi dan setia menyumbang tenaga dalam memastikan Taska Rania menjadi taska pilihan di Kemaman.

Setiap kakitangan di Taska Rania merupakan aset yang tidak ternilai kepada taska. Tanpa sifat membantu, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain, Taska Rania tidak akan dapat sampai ke tahap yang membanggakan seperti pada hari ini. Terima kasih di atas perkhidmatan anda selama ini.

Setiap usaha semua pendidik di Taska Rania, sentiasa mendapat penilaian yang sewajarnya daripada pihak pengurusan dan penghargaan dari ibu bapa. Teruskan berusaha untuk menaikkan nama dan imej Taska Rania, bukan hanya di Kemaman, terengganu, bahkan di seluruh Malaysia.

SESUATU YANG  BAIK ITU BERMULA DARI KITA.

HARI PEMERIKSAAN KESIHATAN AMAL




Kanak-kanak yang gembira dengan pemeriksaan yang dijalankan


Alhamdulillah.. Maha Suci Allah.. Niat untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan untuk kanak-kanak di Taska Rania tercapai dengan bantuan doktor-doktor dan doktor-doktor pakar dari Hospital Lipis. InsyaAllah, pihak kami akan jadikan pemeriksaan ini sebagai pemeriksaan berkala sebagai memenuhi objektif utama Taska Rania iaitu Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan yang optimum.

Pemeriksaan kesihatan yang diadakan di Taska Rania pada 10 Mac 2013, lebih kurang jam 10.00 pagi mendapat respon yang sangat positif dari kanak-kanak. Para doktor juga sangat sporting dan lemah lembut melayan kerenah mereka.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Dr Hj Ahmad Mahyuddin Mohamed, Dr Hjh Nazatul Shahnaz Mohd Nazri, Dr Ahmad Naqiuddin Mohamed dan Dr Rafahiah Haron yang sudi meluangkan masa untuk mengadakan pemeriksaan percuma tersebut.

Beberapa hari sebelum pemeriksaan luaran ini dijalankan, iaitu pada 03 Mac 2013 beberapa pegawai dari Klinik Gigi Hospital Kemaman turut membuat pemeriksaan gigi di Taska Rania. Pemeriksaan dan aktiviti penjagaan gigi tersebut merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan di Taska Rania dengan kerjasama dari Klinik Gigi kerajaan.

Kami di Taska Rania sangat komited dalam memastikan kesihatan, keselamatan dan kebersihan kanak-kanak dan taska berada pada tahap yang terbaik.

Wednesday, June 27, 2012

TASKA RANIA - DO'S & DON'TS

Bagi memastikan yang terbaik, pihak Taska Rania telah menyenaraikan do's and don'ts sebagai panduan ibubapa:

          DO'S
  • Ibu bapa/penjaga perlu tinggalkan pesanan penting secara bertulis seperti jenis serta dos ubatan kepada Penyelia/Pengusaha. 
  • Ibu bapa/penjaga perlu memberi notis dalam jangkamasa tertentu jika mahu menamatkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. 
  • Ibu bapa/penjaga perlu maklumkan sebarangan perubahan maklumat peribadi, contohnya alamat dan nombor telefon atau status ibu bapa (bagi yang telah perpisah dan hak penjagaan). 
  • Penggunaan lampin pakai buang(jika perlu). Sila tukar lampin pakai buang yang bersih sebelum dihantar ke TASKA. 
  • Sediakan tuala mandi yang bersih dan pastikan terdapat nama kanak-kanak. 
  • Sediakan pakaian yang secukupnya dan berus gigi untuk kanak-kanak. 
  • Sila tandatangan borang kedatangan semasa hantar dan menjemput kanak-kanak. 
  • Pastikan kanak-kanak dihantar sebelum pukul 9 pagi bagi mengelakkan mereka terlepas sarapan. Sekiranya kedatangan selepas pukul 9, pastikan kanak-kanak telah bersarapan dan mandi. 
  • Pastikan botol susu dan puting botol sentiasa ditukar bagi menjamin kebersihannya. 
  • Sediakan ubat sekiranya kanak-kanak demam, selsema atau batuk. TASKA cuma standby ubat demam sahaja. 
  • Yuran dan overtime (jika ada) hendaklah dibayar sebelum atau pada 05hb setiap bulan. 
          DON'TS

  • Larangan memakai/membawa barangan berharga atau merbahaya di TASKA. 
  • Larangan kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit berada di TASKA sehinggalah mendapat pengesahan dari pegawai perubatan bertauliah yang penyakitnya benar-benar telah pulih sepenuhnya. 
  • Larangan membawa keluar kanak-kanak dari TASKA diwaktu operasi TASKA oleh ibu bapa/penjaga tanpa kebenaran Penyelia/Pengusaha TASKA. Hanya ibu bapa/penjaga yang berdaftar sahaja dibenarkan. Jika ibu bapa/penjaga ingin meminta bantuan orang lain yang tidak berdaftar untuk mengambil kanak-kanak, kebenaran bertulis diperlukan. 
  • Larangan merokok dan meludah atau sesuatu perbuatan yang mengganggu ketenteraman dan kebersihan di sekitar TASKA. 
  • Larangan memasuki kawasan dalam dan dapur TASKA tanpa kebenaran Penyelia/Pengusaha. 
  • Larangan membekalkan “chewing gum” kepada kanak-kanak. 
  • Larangan berada di dalam TASKA sewaktu TASKA beroperasi. Ibu bapa tidak dibenarkan menggunakan bangunan TASKA selepas waktu operasinya. 

Tuesday, June 26, 2012

Perjumpaan tahunan dengan ibubapa

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada pelawat2 blog kami yang dikasihi.


Pihak pengurusan Taska Rania amat komited bagi memberi khidmat yang professional dan terbaik kepada anak2 dibawah seliaan serta kepada setiap ibubapa. Baru-baru ini, Pihak pengurusan telah membuat pelaburan bagi meningkatkan kemudahan serta keselesaan Taska Rania.


Penambahbaikan ini termasuk mengecat kembali dinding taska, pembelian meja-meja serta kerusi yang baru, menceriakan ruang dalaman dengan wallpaper serta pembelian pelbagai alat bantuan pengajaran dan pembelajaran.

Pintu depan Taska Rania yang ceria


Bilik kanak-kanak lelaki 3-4 tahun

Bilik Transit Lelaki

Bilik Transit Perempuan

Ruang bagi bayi yang luas serta ceria dengan pengudaraan yang cukup


Kemas, bersih dan Ceria


Bayi sentiasa dipantau rapi

Bilik Belajar. Kanak2 ceria dengan meja dan kerusi baru
Ruang Menonton & Makan Tingkat Atas


Penambahbaikan ini sudah pasti akan menambah kecerian anak2 yang dihantar di sini. itu kami pasti. Tetapi sebagai pemberi perkhidmatan yang bertanggungjawab, kami ingin mendengar sendiri feedback daripada ibubapa anak2 yang dihantar ke taska kami.

Pada hari Jumaat yang lepas, 22 Julai 2012, satu perjumpaan dengan ibubapa telah diadakan. Hadir sama ialah pemilik Taska Rania, Toh Puan Datin Hajjah Wan Zaharah binti Wan Yahya serta pengurus Taska Rania, Puan Sabihatul Hidayah binti Dato' Mohamed.

Kedatangan ibubapa amat menggalakkan. Mereka diberi penerangan mengenaian penjagaan anak2 serta penambahbaikan yang telah dibuat. Rata2 mereka amat berpuas hati dengan perkhidmatan Taska Rania.

Toh Puan Hajjah Wan Zaharah mendengar komen dari seorang ibu

Pengurus Task Rania, Puan Sabihatul Hidayah memberi taklimat keselamatan dan insuran anak2

Toh Puan berjumpa setiap ibubapa dengan lebih rapat

Sentiasa ceria dan prihatin dengan setiap feedback

Gaya yang tersendiri

Ibubapa tidak melepaskan peluang melawat setiap pelusuk Taska Rania yang baru di 'upgrade'

Bersih dan selesa

Dah letih dah, masa untuk makan!

Mee kari licin dihirup...


Jutaan terima kasih dari kami, staf2 Taska Rania!!

Semoga dengan feedback daripada pihak ibubapa kami akan dapat menambahbaik lagi perkhidmatan yang diberi. Kami amat berterima kasih dengan kehadiran ibubapa.

Kepada ibubapa yang berminat, kena daftar cepat2 dengan kami kerana tempat di Taska Rania adalah amat TERHAD.

Sekian.

PS Taska rania telah mempunyai page Facebook sekarang. Sila lawati http://www.facebook.com/profile.php?id=100004037405992